By Charis - Nov 20

Bagaimana kita mendidik anak-anak dalam era AI?

Hai ibu bapa dan kanak-kanak,

Nama saya David dan merupakan guru AI. Saya sangat teruja dan bangga dapat berada di Tawau untuk menyaksikan sendiri bersama-sama dengan anda impak penggunaan AI dalam pendidikan. Dalam dunia yang serba pantas, AI telah menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan kita dan mengubah dunia dengan kepantasan yang luar biasa.

Dalam tempoh masa lima tahun akan datang, AI dapat dilihat akan menembusi pelbagai industri termasuklah industri pendidikan. Oleh itu, adalah penting untuk kita mendalami AI terlebih dahulu.

Di Beijing, kerajaan telah menjadikan program ini sebagai dasar dalam pendidikan. Semua sekolah rendah dan sekolah menengah diwajibkan untuk menawarkan kursus AI serta menggunakan AI dalam membantu pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai subjek bagi menyokong proses pembelajaran pelajar.

Pada 26 November 2024, Sekolah Antarabangsa Charis akan mengadakan seminar khas dan saya akan berkongsi pandangan berkaitan impak AI dalam pendidikan berdasarkan perspektif Hadiah Nobel 2024. Pihak kami juga turut memperkenalkan kursus AI khas yang telah direka khas bagi kanak-kanak. Peluang keemasan ini tidak patut dilepaskan dan kami ingin menjemput semua untuk bersama-sama menyertai seminar AI dan peranannya dalam pendidikan.

Kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda dan bersama-sama melihat cara AI yang dapat membentuk masa depan!

Pendaftaran awal kini dibuka! Rebutlah peluang ini.