By Charis - Jul 25

2022/23 Closing Ceremony

Dengan bangganya kami ingin berkongsi kepada anda sedikit sorotan berkaitan Hari Graduasi dan Penutupan Tahun Akademik 2022/2023 yang berlangsung pada 17hb Julai bertempat di Dewan Calvary. Bersesuaian dengan tema "The Seasons of Life", acara ini dilihat mencerminkan fasa-fasa kehidupan graduan yang dialami sepanjang pembelajaran mereka di Sekolah Antarabangsa Charis.

Ahli lembaga sekolah, Encik Radaha, telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para hadirin yang telah berkumpul seawal pukul 7:00 petang untuk meraikan hari yang bermakna ini. Beliau telah mengingatkan semua bahawa hanya  "perubahan" ialah perkara yang tidak berubah dalam kehidupan dan menyeru agar semua orang untuk bersedia terhadap perubahan pada masa akan datang, meningkatkan kemahiran mereka, dan tetap menerima perubahan  walaupun terdapat kekangan dalam menghadapi perubahan tersebut.

Pengetuan Sekolah Antarabangsa Charis, Dr. Debra Sim, juga memberikan sebuah ucapan yang memberikan inspirasi kepada para graduan dan pelajar, memberi perbandingan kehidupan mereka dengan kitaran empat musim, yang mana setiap satu membawa perasaan dan pengalaman yang berbeza. Beliau juga menggalakkan para pelajar untuk menikmati keindahan setiap musim, belajar daripada musim-musim tersebut, dan berkongsi pengalaman berharga tersebut dengan orang lain.

Acara pada malam tersebut penuh dengan alunan muzik dan persembahan tarian daripada semua pelajar yang dilihat sangat berbakat, mereka menyampaikan persembahan berkaitan perubahan dalam empat musim di samping memaparkan ekspresi emosi dan pengalaman dalam setiap musim. Persembahan daripada para ahli Kelab Tarian Sekolah menunjukkan kesungguhan dan kemahiran yang baik telah menjadikan persembahan pembukaan berupa gabungan tarian dan muzik tradisional Indonsia sangat dinamik dan tidak dapat dilupakan. Bukan itu sahaja, persembahan kreatif daripada Kelab Handbell Choir dengan lagu "Silent Night" dan "Jingle Bells" dipersembahkan mewakili musim sejuk.

Selepas semua murid mempamerkan kebolehan mereka dalam setiap persembahan , Dr. Debra dan guru-guru kelas berkaitan menyampaikan sijil kepada para graduan untuk sesi akademik 2022/2023. Berikut merupakan senarai nama graduan:

Kelas Tadika (Kindergarten Class) (K2):

  1. Reina Kour 
  2. Kevin Lee Zhun Foong 
  3. Chan Hong 
  4. Jackson Chan En Ze 
  5. Kimmi Koh Khay Lee 

Sekolah Rendah Tahun 6 (Y6):

  1. Jonas Gan Jyn Yaw
  2. Alfin
  3. Fariz Daniel Rubin 
  4. Jonathan Khoo Kai Tong

Sekolah Menengah Tahun 11 (Y11):

  1. Mohammad Azhar bin Maslan
  2. Mohamad Azrul Nizam
  3. Leona Levy Hiew

Pihak sekolah turut menyampaikan beberapa anugerah akademik kepada para pelajar untuk mengiktiraf kecemerlangan mereka dalam akademik dan aktiviti kokurikulum. Antara anugerah yang disampaikan seperti Best Academic Performance Award, Subject Improvement Awards, Sports Achievement Award, Diligence Award, dan banyak lagi. Kami sangat berbangga dengan usaha dan bakat yang ditonjolkan oleh mereka sepanjang sesi akademik 2022/2023 serta berharap agar penganugerah ini dapat memberikan mereka motivasi.

Bukan itu sahaja, Cikgu Chong, guru Pendidikan Seni, juga mengadakan galeri seni untuk mempamerkan hasil karya pelajar di belakang dewan. Karya-karya ini telah dihasilkan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas dengan tujuan untuk menghargai usaha dan kreativiti para murid. Hasil karya yang dipamerkan ini adalah dalam pelbagai bentuk seperti penggunaan warna air, lakaran pensel, dan catan minyak, masing-masing mewakili merakamkan usaha para pelajar setiap hari.

Acara Graduasi dan Hari Anugerah dengan tema "The Seasons of Life" akan menjadi kenangan kepada setiap graduan dan pelajar, menginspirasikan mereka untuk meneroka keberagaman musim kehidupan pada masa hadapan, menghadapi perubahan dengan semangat keberanian, dan menikmati keindahan setiap musim kehidupan.

Tahniah kepada semua graduan! Kami berharap agar kalian akan sentiasa cemerlang pada masa akan datang!